Hari ini aku sempat membaca beberapa blog dan memberi komen khasnya untuk blog anakku.Hatiku terhibur membaca gelagat cucu sulungku walaupun sebenarnya kegembiraan itu tidak dapat aku berkongsi bersama arwah suami Cikgu Yusop .
Perkongsian hidupku bersama arwah cuma sempat 27 tahun sahaja dan dia tidak dapat merasai nikmat mempunyai menantu dan cucu.Rasa kehilangan itu dapat aku atasi dengan bertaqarrub kepada Allah serta menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah.
Nasihatku kepada sesiapa yang baru kehilangan orang yang disayangi ,bersabarlah dan jalani kehidupan kita seperti biasa.Sesungguhnya kita juga akan menemui Tuhan Yang Maha Esa bila tiba masanya.Gunakan peluang yang diberikan oleh Allah untuk kita beribadat kepadaNya.
Aku bersyukur kepadaMU YA ALLAH kerana mengurniakan ku anak-anak dan menantu yang baik, sayang dan taat kepada orang tuanya. Aku berdoa semoga anak-anak ,menantu dan cucu-cucu ku selamat di Dunia dan di Akhirat. Amin.