Wednesday, February 4, 2009

LUAHAN RASA

Hari ini aku sempat membaca beberapa blog dan memberi komen khasnya untuk blog anakku.Hatiku terhibur membaca gelagat cucu sulungku walaupun sebenarnya kegembiraan itu tidak dapat aku berkongsi bersama arwah suami Cikgu Yusop .

Perkongsian hidupku bersama arwah cuma  sempat 27 tahun sahaja dan dia tidak dapat merasai nikmat  mempunyai menantu dan cucu.Rasa kehilangan itu dapat aku atasi dengan bertaqarrub kepada Allah serta menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah.

Nasihatku kepada sesiapa yang baru kehilangan orang yang disayangi ,bersabarlah dan jalani kehidupan kita seperti biasa.Sesungguhnya kita juga akan menemui Tuhan Yang Maha Esa  bila tiba masanya.Gunakan peluang yang diberikan oleh Allah untuk  kita beribadat kepadaNya.

Aku bersyukur kepadaMU YA  ALLAH  kerana mengurniakan ku anak-anak dan menantu yang baik, sayang dan taat kepada orang tuanya. Aku berdoa semoga anak-anak ,menantu dan cucu-cucu ku selamat di Dunia dan di Akhirat. Amin.

8 comments:

adiarokawa said...

Hajah, bertaqarrub tu apa?

mantan said...

Demikianlah kehidupan, ada hikmah di sebaliknya.

Unknown said...

Teruskan usaha kak hajjah untuk menulis di blog.

inasanilya said...

kalau ayah ada skrg, mmg ayah suruh mak pencen awal. takde org dia nak berlawan cakap.pastu kejap2 ajak g melaka, tgk inas xpun kjap2 suruh call cucu. silap ari bulan inas dpt hp canggih.blh video call.

yusofsipan said...

Tahniah krn telah mempunyai blog sendiri. Salam ziarah. Salam takziah juga di atas pemergian suami tercinta, bersabarlah....

Naa..a said...

Akum kak,
Teruskan penulisan akak ni saya pasti berkunjung lagi. Blog ni dapat memperkembangkan minda dan sama berkongsi idea, pengalaman dan mudahan ikatan ukhuwah pun makin dekat- rosnah sk janglau tau..

Anonymous said...

salamm hajjah.. moga moga semuanyerr selamat

Bayu Jati - BEST TRAINING PROVIDER said...

Salam..

Saya sekadar musafir menumpang lalu..Walaupun tidak saling mengenal percayalah tulisan Hjh memberi pelajaran buat saya. Terima kasih Allah yang menemukan sy dengan blog puan dan terima kasih puan sudi meluangkan masa mencatat kisah untuk dikongsi bersama. Allah tetap memberi ganjaran atas kesabaran puan dan yang pasti Allah sentiasa menanti puan untuk terus bercinta denganNya tanpa siapa-siapa pun yang menjadi penghalang antara Dia dan puan. Semoga kita sama-sama memiliki cinta yang abadi. BERCINTA HINGGA KE SYURGA..Insya'Allah..

maaf zahir dan batin

Aishah Ismail

Post a Comment