Sunday, February 1, 2009

TENTANG HATI


  Baru hari ini aku berpeluang menulis walaupun sebenarnya banyak perkara yang brserabut di otakku. Untuk anak-anakku ,hari ini ibumu mengingatkan kamu tentang apa itu hati.

Hati, 
adalah seketul daging yang baik,
dia juga seketul daging yang busuk.
bila hatimu baik, maka baiklah kamu,
bila hatimu jahat, maka jahatlah kamu.
Ubatkan hatimu dan bersihkan hatimu,
supaya kamu menjadi hamba Allah yang berhati,
jika tidak, kamu akan berbuat sesuka hati.

Ingatlah,
hati adalah raja kepada tubuh, miliki raja yang adil,
supaya sejahtera sekalian rakyat.
jangan sekali-kali miliki raja yang zalim, 
nanti celaka dan binasa rakyat.

bila bersih hatimu,
bersihlah amalanmu dan tenangnya fikiranmu,
bila sihat hatimu, 
sihatlah tubuhmu dan sihat juga perbuatanmu.

Ingatlah .....!!! 
Selagi hatimu kotor,
Selama itulah kamu menggemari perkara keji.
Selama mana hatimu berpenyakit,
Selama itulah kamu merasa sakit dengan Allah dan agama Allah.
Bila kamu merasa senang dengan hawa nafsu,
dengan manusia,
dengan dunia dan syaitan
 dan senang 
dengan perkara -perkara yang mungkar,
Itulah alamat hati mu kotor dan berpenyakit,
Itulah juga alamat orang-orang yang celaka

Tolonglah,
Hiaskan wajah hatimu dengan sifat-sifat yang terpuji,
Jangan mencari kebencian dan kemarahan Allah,
Tapi,
Carilah rahmat dan keredhaan Allah,

Sesungguhnya ,
Kamulah orang yang bahagia di dunia dan di akhirat.
Nurkilan : Hamba Allah (Buku Ubat Hati)








2 comments:

mantan said...

Tahniah kerana dapat menulis. Dapatlah dikongsi maklumat.

Hajjah Noorainee Hassan said...

Terima kasih cikgu

Post a Comment